KUALA LUMPUR, 14 November 2024 - Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan lawatan pertama beliau ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT) dan disambut oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffli bin Mat Jusoh.
Lawatan ini di mulakan dengan sesi taklimat oleh Pegawai Aset disusuli lawatan ke Jabatan Anestesia, Dewan Bedah, Wad ICU, Unit CSSD, Jabatan Patologi, Jabatan Pengimejan dan Diagnostik dan diakhiri dengan lawatan ke Poliklinik Pergigian.Â
Semasa sesi lawatan, beliau turut berkesempatan berjumpa dengan kakitangan perubatan bertugas dan melihat serta meneliti aset-aset perubatan yang memerlukan pembaikan di Jabatan-Jabatan dan Wad seperti yang telah ditaklimatkan.
Â