PERAK, 30 November 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.Â
Lawatan ini dimulakan dengan tinjauan ke kapal Littoral Combat Ship (LCS) bagi memantau status pembinaan kapal LCS serta mendapatkan penerangan lanjut berkenaan kemajuan kerja terkini dan rancangan pelaksanaan kontrak.
Beliau kemudiannya membuat tinjauan ke tapak pembinaan jeti operasi bagi melihat perkembangan pembangunan terkini yang dijangka siap pada tahun hadapan.Â
Seterusnya, YBhg. Datuk KSU mengadakan lawatan ke tapak pembinaan peningkatan perpaipan bekalan air tawar di Pangkalan TLDM serta disusuli tinjauan ke tapak Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang sedang diselenggara untuk keselesaan warganya.
Dalam pada itu, beliau berkesempatan menyantuni Veteran ATM yang menghidap penyakit kronik bagi meringankan beban yang dipikul.