SARAWAK, 8 Oktober 2024 – YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha telah memulakan lawatan kerja ke Sarawak bermula 7 Oktober.Â
Lawatan YBhg Datuk KSU dimulakan dengan menghadiri majlis perasmian ‘Launching of Aviation Academy’ di Centexs, Lundu. Beliau juga berkesempatan bertemu dan memperkenalkan diri kepada Premier Sarawak, Tuan Yang Terutama Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Kemudiannya, beliau mengadakan lawatan ke Unit Lapang Sasar (ULS) Sampadi, Kuching bagi melawat dan mendengar taklimat mengenai pelaksanaan Projek Naik Taraf ULS Sampadi serta isu pertikaian sempadan lapang sasar.
Beliau seterusnya membuat tinjauan tapak Projek Pembinaan Pos Kandaie 2, Lundu, Sarawak bagi melawat dan mendengar taklimat pelaksanaan projek tersebut.
Dalam pada itu, YBhg. Datuk KSU turut menyantuni Veteran ATM dengan mengadakan lawatan kebajikan di sekitar daerah Kuching.Â