SABAH, 19 Oktober 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha telah mengadakan lawatan kerja ke Station LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu serta menerima taklimat berkenaan pengoperasian di sana.Â
Beliau turut berkesempatan untuk melawat  kapal selam di Pangkalan TLDM, Sepanggar serta meninjau kawasan jeti operasi di sana.Â
YBhg. Ketua Setiausaha turut dibawa melawat kapal Littoral Mission Ship (LMS) KD Keris untuk melihat pengoperasian serta kesiagaan TLDM secara terperinci.Â
Beliau kemudiannya mengadakan tinjauan tapak Rumah Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia (RKTLDM) yang bakal dibina untuk  keluarga dan warga TLDM di Sabah.
Â