NEGERI SEMBILAN, 29 Disember 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha telah mengadakan lawatan ke Syarikat Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd. (Zetro). Lawatan diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung pengoperasian syarikat Zetro sebagai salah satu syarikat peneraju dalam industri radar pertahanan udara serta hala tuju syarikat dalam mendukung visi dan misi industri pertahanan negara.
Lawatan ini diteruskan dengan penanaman pokok sebagai simbolik lawatan kerja Datuk KSU.
Selain itu, lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam menyokong industri pertahanan tempatan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kedaulatan negara.