KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 – Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Hospital ini.
Semasa lawatan, YB Menteri Pertahanan telah menerima taklimat daripada Lt Jen Dato’ Dr. Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM berkenaan Halatuju Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera.Â
Seterusnya, beliau membuat lawatan ke Jabatan Kecemasan dan Jabatan Rehabilitatif bagi meninjau pengoperasian di sana serta beramah mesra bersama para pesakit dan pelawat.
Â