Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE KEM KABOTA, TAWAU

mindef

SABAH, 4 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin meneruskan program lawatan hari kedua di Kem Kabota, Tawau bagi meninjau perjalanan beberapa projek yang telah dirancang di bawah Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (Bn Ke-7 RAMD). 

Beliau telah melawat Tapak Projek Madu Kelulut yang merupakan projek rintis di bawah Program Kem MADANI oleh BAKAT 7 RAMD dengan kerjasama UMT dan Boustead Plantations. Projek berkonsepkan 3T (Ternak, Tinggal, Tuai) ini menyasarkan tiga sarang kelulut bagi setiap keluarga untuk menjana pendapatan melalui pengeluaran dan pemasaran madu asli.

Sejurus itu, YB Menterj Pertahanan meninjau perkembangan Projek Pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Tambahan Pelbagai Kelas di Kem Kabota. RKAT ini dijangka siap pada 2026 di bawah pelaksanaan Jabatan Kerja Raya.

YB Menteri Pertahanan kemudiannya turut meninjau Projek Senggaraan Dewan Berani Ikhlas Kem Kabota yang merupakan Program Satu Pemimpin, Satu Kem Santuni MADANI dengan peruntukan bernilai RM100,000. Peruntukan ini adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan dengan kerjasama Boustead Plantations Berhad di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Dalam pada itu, beliau berkesempatan beramah mesra bersama warga Kem Kabota dan menyampaikan sumbangan kebajikan RM500 kepada 15 orang pesakit kronik yang terdiri daripada warga tentera dan keluarga.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my