SABAH, 3 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah meneruskan siri lawatan kerja di Pantai Timur Sabah dengan melawat Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR).Â
PLTSR merupakan pangkalan operasi hadapan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah mula beroperasi sejak tahun 2016. Sejak penubuhannya, pangkalan ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh kawalan keselamatan maritim dalam menangani pelbagai bentuk ancaman di kawasan perairan Sabah.