SABAH, 9 November 2024 - YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu.
Beliau telah memulakan lawatan dengan menerima taklimat berkenaan operasi Markas Pemerintahan Armada Timur yang bertanggungjawab terhadap penugasan operasi TLDM di perairan Sabah dan Sarawak.
Zon Maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak sentiasa diberikan tumpuan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan terpelihara kerana ia memberikan kesan yang cukup signifikan kepada ekonomi negara dan kestabilan geopolitik serantau.
Dalam pada itu, YB Menteri Pertahanan turut menerima taklimat berkenaan Angkatan Kapal Selam (AKAS) yang mempunyai peranan tersendiri dalam memperkukuh Armada TLDM dan sebagai pemangkin kepada penguasaan domain bawah air.
Komitmen berterusan yang ditonjolkan oleh Kementerian Pertahanan akan terus dibangunkan dan ditingkatkan agar keupayaan Armada Timur atas segala isu dan cabaran dapat dihadapi diatasi.
Â