Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE SABAH

info

SABAH, 9 November 2024 - Lawatan kerja YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu diteruskan dengan tinjauan operasi ke KD Selangor di Laut China Selatan. 

Tinjauan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha bersama-sama Panglima Armada Timur.

YB Menteri Pertahanan juga berpeluang melihat pelaksanaan operasi kapal selam, KD Tun Razak selain di bawa menyelam pada kedalaman maksimum.
 Ini sebagai bukti keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan dengan bantuan anak-anak kapal yang mahir dan kompeten.

Kapal selam ini melambangkan pemodenan Armada TLDM, selain membina imej Malaysia sebagai negara yang memiliki angkatan laut yang dihormati dan digeruni. 

YB Menteri Pertahanan turut menyatakan komitmen dan usaha untuk terus memodenkan aset-aset pertahanan negara demi kedaulatan negara.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my