Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA RASMI KETUA SETIAUSAHA KE NEW ZEALAND

info

New Zealand, 14 Mac 2024 - Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak sedang mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke New Zealand bermula 12 hingga 15 Mac ini. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi beliau ke negara berkenaan sejak memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada September 2023. 

Ketika lawatan ini, YBhg. Datuk Seri mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif Kanan Malaysia-New Zealand (MNZSEM) ke-16 yang membincangkan hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan New Zealand. Perbincangan merangkumi penglibatan kedua-dua buah negara berkenaan dengan Peraturan Pertahanan Lima Negara (FDPA), Keselamatan Indo-Pasifik serta kerjasama pertahanan dua hala. Kedua-dua pemimpin juga menekankan komitmen mereka bagi meningkatkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. 

Selain itu, beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Naib Panglima Angkatan Tentera (Pemangku Panglima Angkatan Tentera), Naib Marsyal Udara, Tony Davies di mana perbincangan adalah berkaitan peluang mengukuhkan dan meningkatkan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan New Zealand. 

YBhg. Datuk Seri juga membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar), Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT), Ben King, di mana kedua-duanya turut membincangkan isu berkaitan perdagangan antara kedua-dua negara. 

Lawatan rasmi YBhg. Ketua Setiausaha ke New Zealand adalah penting bagi memastikan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan negara-negara rakan dikekalkan dan dipertingkatkan selaras dengan Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara, Perkongsian Berwibawa seperti yang ditetapkan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my