KUWAIT, 8 Oktober 2024 – YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah memulakan lawatan kerja rasmi ke Kuwait dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri Kuwait, TYT Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah di Kementerian Pertahanan Kuwait.
Semasa pertemuan berlangsung, YB Menteri Pertahanan menyatakan hasrat Malaysia untuk memperoleh pesawat tempur jenis F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait, dan telah menerima maklum balas positif daripada TYT Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah. Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bersama bagi memulakan perbincangan serta rundingan berkenaan perolehan pesawat tempur tersebut.
Malaysia komited untuk memperkukuh dan mempertingkat kerjasama pertahanan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang kini berada di peringkat akhir. Selain itu, latihan dan pertukaran pegawai tentera, perkongsian maklumat serta penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi pertahanan akan terus dipertingkatkan.Â