KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan kerja ke Sibu bagi meninjau perkembangan pembinaan kem tentera dan senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem 2 Skn RAJD di Oya, Sibu, dan Kem Rascom, Batu 10, Sibu.
Ketibaan YB Timbalan Menteri Pertahanan disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis, dan Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brig Jen Ahmad Norzaini bin Badrun.Â
Dalam kesempatan ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi dua orang Pegawai 9 Briged dari Leftenan Muda ke Leftenan, iaitu Lt Nabilah Afifah binti Mohd Dali dan Lt Muhammad Diniz Tuhfah bin Nizar di Wisma Perwira 9 Briged.