Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KE EUROSATORY 2024

info

PARIS, 18 Jun 2024 -  YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha telah mengadakan lawatan kerja ke Eurosatory 2024 yang sedang berlangsung bermula 17 Jun hingga 21 Jun 2024.

YBhg. Ketua Setiausaha turut menghadiri upacara perasmian Eurosatory 2024 di sana. 

Pada masa yang sama, beliau meluangkan masa melawat reruai pempamer di Eurosatory 2024 di samping mempromosi LIMA 2025 dan DSA 2026. Beliau turut berkesempatan melihat teknologi baharu yang dipaparkan di sana seperti penggunaan Artificial Intelligence (AI) di dalam sistem dan aset pertahanan sedia ada yang bertepatan dengan arus pemodenan terkini.

Dalam pada masa yang sama, YBhg. Ketua Setiausaha turut mengadakan pertemuan bersama PYT Caroline Salahun, Brigadier General (Armanent Corps), Director Asia - Pacific bagi membincangkan tentang kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my