KUALA LUMPUR, 28 September 2024 - Pembangunan dan naik taraf Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sentiasa menjadi fokus utama dalam menjaga kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan. Selari dengan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali telah mengadakan lawatan ke tapak Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan tapak Rumah Keluarga Awam MINDEF (RKAM).Â
Lawatan ke RKAT meliputi kawasan Desa Tun Hussein Onn, Menara Seri Pulai dan Desa Pasifik untuk melihat aktiviti penyelenggaraan yang telah dan sedang dilaksanakan di RKAT tersebut. Penyelenggaraan RKAT ini sebagai usaha Kementerian untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa buat warga ATM selain menitik beratkan soal keselamatan dan kesejahteraan mereka.Â
Pembinaan Rumah keluarga turut diperluaskan kepada warga awam MINDEF. Melalui itu, YBhg. Ketua Setiausaha turut melawat tapak cadangan RKAM Jalan Kuching. Projek RKAM ini khusus untuk penjawat awam yang bekerja di Kementerian Pertahanan.Â