SELANGOR, 4 September 2024 - YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah melawat fasiliti MEASAT Teleport and Broadcast Centre, di Cyberjaya.Â
Selari dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi pengukuhan Angkatan Masa Hadapan, terdapat keperluan bagi keupayaan Komunikasi Satelit (Satellite Communication, SATCOM) untuk meningkatkan kemampuan Perintah & Kawalan Bersama di dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.Â
Dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Seri KSU, diiringi Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) telah diberikan taklimat oleh pihak MEASAT mengenai operasi satelit sedia ada milik Malaysia yang kini digunakan untuk telekomunikasi dan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi.
Beliau turut berkesempatan untuk melawat ke fasiliti Satellite Control Centre, Network Management Centre, CONNECTme 4WD with Kymeta Antenna dan Antenna Farm.