Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KSU KE PROJEK PEMBANGUNAN RKAT DI KOTA SAMARAHAN

info

SARAWAK, 9 Oktober 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha dalam rangka lawatan kerja sulung ke Sarawak telah melawat Projek Pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas SOC 3 di Kota Samarahan.

Projek pembangunan RKAT SOC3 ini yang dijadualkan siap pada 2026 bakal memberikan manfaat kediaman yang lebih selesa untuk warga Angkatan Tentera Malaysia khasnya kepada keluarga dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Projek RKAT di Sarawak ini juga antara projek terawal yang diberikan tumpuan oleh YBhg. KSU sejak mula menerajui Kementerian Pertahanan. Usaha  berterusan Kerajaan ini melalui Kementerian Pertahanan penting dalam menjaga moral dan kebajikan warga ATM dan keluarga mereka. 

YBhg. KSU turut diberi sesi Walking Brief dan taklimat oleh Agensi Pelaksana iaitu Pasukan Projek Khas 2 Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkan status terkini kemajuan pelaksanaan projek serta perancangan hadapan bagi memastikan projek pembangunan RKAT ini berjalan mengikut jadual.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my