MELAKA, 9 Julai 2025 - Satu lawatan mengejut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali ke tapak projek 94 Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, Sungai Udang, yang kini dalam fasa awal pelaksanaan.Â
Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemajuan semasa pembinaan dan mendapatkan taklimat lanjut daripada pihak pelaksana projek.
Projek yang bermula pada November 2024 bakal menyediakan 150 katil dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2029. Ia merupakan antara inisiatif penting dalam memperkasa kebajikan serta kesiapsiagaan ATM.