Kuala Lumpur, 23 November 2024 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin, Menteri Pertahanan, hari ini melawat reruai Kementerian Pertahanan di Hall 4 sempena Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Dalam lawatan ini, YB Menteri Pertahanan berpeluang melihat pelbagai pameran interaktif dan inisiatif terkini kementerian. Pameran ini turut menonjolkan kejayaan Mindef dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI dan kerjasama strategik serantau.