REPUBLIK ITALI, 12 Mei 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan kerja rasmi ke Turin selama dua hari sebelum berangkat ke Berlin bagi menghadiri UN Peacekeeping Ministerial 2025 pada 13 dan 14 Mei.Â
Sejurus tiba, YB Menteri Pertahanan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Itali, TYT Dato’ Zahid Rastam, Atasé Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia di Rom, Kepten Mohd Kindil Md Akim dan Konsul dan Pesuruhjaya Perdagangan di Milan, En. Ravidran Manogaran.
Sepanjang lawatan ini, beliau akan mengadakan lawatan industri di fasiliti syarikat pertahanan Itali, Leonardo S.p.A. di Leonardo Caselle Nord bagi meninjau kemajuan pembinaan pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.Â