JERMAN, 19 Februari 2024 - YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Republik Persekutuan Jerman dari 15 hingga 18 Februari 2024.
Menteri Pertahanan dan delegasi Kementerian turut menyertai Munich Security Conference (MSC) yang merupakan persidangan keselamatan tertinggi melibatkan penyertaan Menteri Pertahanan, Ketua Angkatan Tentera, dan Pemimpin Kerajaan dari rantau Eropah dan seluruh dunia.
Dalam lawatan ini turut merangkumi pertemuan-pertemuan bilateral bersama rakan sejawat beliau antaranya TYT Boris Pistorius, Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman; TYT Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura serta TYT Bill Blair, Menteri Pertahanan Kanada.
Selain daripada itu, Menteri Pertahanan dan delegasi berpeluang melawat pejabat Brainlab AG dan bertemu dengan kumpulan syarikat Rheinmetall bagi meneroka teknologi dan inovasi terkini dalam bidang perubatan dan pertahanan.