REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN, 13 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Berlin, Republik Persekutuan Jerman bersama delegasi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadiri UN Peacekeeping Ministerial 2025 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Mei 2025.
Forum dwitahunan ini menghimpunkan pemimpin serta pegawai tertinggi dari negara-negara yang terlibat dalam misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia mengambil peluang ini untuk menyuarakan pandangan serta memperbaharui komitmen dalam mendokong usaha-usaha keamanan sejagat.
YB Menteri Pertahanan telah dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Jerman, Tuan Yang Terutama Boris Pistorius, serta Menteri Pertahanan Itali, Tuan Yang Terutama Guido Crosetto.Â