SABAH, 12 Mei 2025 – YBhg. Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan tapak ke Jeti Kem Azumi di Semporna.Â
Kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM telah meninjau kemudahan sedia ada serta mengenal pasti keperluan strategik yang perlu diberi penumpuan khususnya aspek keselamatan maritim untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi di kawasan perairan Timur Sabah.