SABAH, 8 September 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan kunjungan dan menziarahi keluarga Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Aman San bin Hermansa anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia semasa Operasi Salvaj KD PENDEKAR di perairan Tanjung Pengelih, Johor pada 28 Ogos 2024 yang lalu di Lahad Datu.Â
Kunjungan YB Adly ke atas keluarga Allahyarham adalah bukti komitmen Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan anggotanya dan keluarga serta untuk menzahirkan rasa simpati beliau kepada keluarga, mengambil kira Allahyarham telah banyak menabur jasa kepada negara sepanjang berkhidmat sebagai anggota ATM.