KUALA LUMPUR, 7 Februari 2025 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan ke Kem Rejimen 515 Askar Wataniah serta bertemu dengan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
Â
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan latihan dan keadaan kem tersebut serta meninjau keberkesanan program dalam meningkatkan semangat patriotisme dan disiplin dalam kalangan peserta.
Â
Selain itu, beliau turut berkesempatan bertemu serta memberi sokongan kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.