Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LIMA 2025 CATAT KEJAYAAN GEMILANG

mindef

LANGKAWI, 24 Mei 2025 - Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 Edisi ke-17 secara rasmi telah melabuhkan tirainya  dengan penyempurnaan Majlis Penutup di A.T.M.O.S Sphere Dome, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Memetik ucapan YB Menteri Pertahanan, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) bukan sekadar sebuah pameran atau pertunjukan aerobatik aset pertahanan semata-mata. Sebaliknya, LIMA membawa makna yang lebih mendalam, dengan matlamat dan maksud yang jauh lebih besar serta bersifat strategik dan komprehensif dalam memperkukuh kedudukan negara di peringkat serantau dan antarabangsa.

 LIMA merupakan simbol kebanggaan negara yang mencerminkan kemajuan dan keupayaan pertahanan tanah air. Ia menjadi wadah penting untuk menzahirkan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan, di samping menyemai rasa hormat dan penghargaan yang tinggi terhadap Angkatan Tentera Malaysia serta seluruh ekosistem pertahanan negara.

Kementerian Pertahanan terus komited untuk memastikan LIMA kekal menjadi acara dwitahunan yang berprestij untuk negara.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan; YB Adly bin Zahari, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam Bin Hj Jaffar, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Setiausaha MINDEF; YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai Kanan MINDEF dan ATM. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my