Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, PENYAMPAIAN ANUGERAH AIMS DAN ANUGERAH PTJ TERBAIK TAHUN 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 – Kumpulan Kor Perkhidmatan muncul sebagai penerima Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan Tahun 2023 Kementerian Pertahanan dalam Majlis Amanat Pegawai Pengawal, Penyampaian Anugerah AIMS Dan Anugerah PTJ Terbaik yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Seri Isham bin Ishak bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang mencapai prestasi cemerlang Accountability Index Monitoring System (AIMS) tahun 2023 mengikut Program/Aktiviti.  

Ia juga bagi menghargai pencapaian cemerlang PTJ dalam melaksanakan pengurusan kewangan dan perolehan tahun 2023 melalui penyampaian Anugerah PTJ Terbaik.

Sebanyak lapan (8 PTJ yang memperolehi markah 100% dalam penilaian AIMS tahun 2023 telah menerima Sijil Penghargaan. Manakala, sebanyak 15 PTJ di bawah Program Pengurusan, Aktiviti Bantuan Bersama, Pertahanan Darat, Pertahanan Maritim dan Pertahanan Udara turut diberi Sijil Penghargaan.

Bagi Anugerah PTJ Terbaik Tahun 2023 pula, sebanyak 11 daripada 112 PTJ di Kementerian Pertahanan diberikan Sijil dan Piala mengikut kategori bilangan bil.

Turut serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my