Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG

mindef

KUALA LUMPUR, 28 April 2025 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meraikan seramai 304 pegawai awam dan 49 pesara awam terpilih dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang. 

Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga MINDEF yang telah menyumbang kepada prestasi Kementerian yang membanggakan sepanjang tahun 2024.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, mewakili  Menteri Pertahanan,YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Sementara itu, bagi warga angkatan tentera, anugerah tersebut disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar, melibatkan seramai 45 anggota tentera.

Penerima anugerah turut menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah wang tunai berjumlah RM 1,000.00 sebagai penghargaan atas prestasi mereka. Manakala, pesara awam yang bersara wajib telah menerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT), Sijil Penghargaan, serta wang tunai berjumlah RM 600.00. Pesara awam yang bersara pilihan juga menerima Sijil Penghargaan dan wang tunai bernilai RM 600.00.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my