SARAWAK, 7 Julai 2025 - Seramai 55 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 9 orang pesara wajib, pilihan serta terbitan telah diraikan dalam satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang peringkat Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali.
Semua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai berjumlah RM1,000. Sementara itu, para pesara menerima Sijil Penghargaan serta insentif persaraan sebanyak RM600, selain tambahan pingat PPT kepada mereka yang bersara wajib.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, YBhg. Leftenan Jeneral Dato Mohd Sofi bin Lepi, Panglima Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, serta pengurusan tertinggi MINDEF awam dan ATM Sarawak.
Tahniah diucapkan kepada semua yang diraikan atas jasa dan sumbangan cemerlang!