KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Lebih 100 warga Kementerian Pertahanan telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin di Dewan Seroja, Kementah.
Majlis ini turut diisi dengan tazkirah Ramadan serta penyampaian sumbangan kebajikan kepada warga Kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia bagi meringankan beban mereka yang bakal menyambut perayaan bulan hadapan.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan; YB Adly Zahari, Ketua Setiausaha; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Pegawai Kanan Kementerian dan ATM.