Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS GRADUASI MKN, MPAT DAN MTAT TAHUN 2O24

info

PUTRAJAYA, 7 Disember 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tahun 2024 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Hari ini, seramai 270 orang Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada ketiga- tiga cabang Perkhidmatan termasuk Pegawai Angkatan Tentera Negara Asing serta Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) daripada Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menamatkan pengajian di PUSPAHANAS.

YB Menteri Pertahanan telah menyempurnakan ketiga-tiga sesi graduasi antaranya penganugerahan sijil kursus dan lencana MKN kepada 22 orang penuntut Kursus MKN Siri 5/2024 dan penganugerahan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) beserta sijil kursus dan lencana MPAT kepada 61 orang penuntut Kursus MPAT Siri 44/2024.

Manakala sesi terakhir penganugerahan diploma beserta sijil kursus dan lencana MTAT kepada 141 orang penuntut Kursus MTAT Siri 53/2024.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha; Datuk Lokman Hakim bin Ali, Panglima-Panglima perkhidmatan serta wakil. 

Kementerian Pertahanan mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan!

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my