Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS IFTAR RAMADAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN BERSAMA YLTAT

info

Kuala Lumpur, 28 Mac 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) bersama pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim (STAY ATM) di Kem Perdana, Sungai Besi.

Dalam majlis ini, beliau telah menyaksikan penyampaian sumbangan Kasih Ramadan berjumlah RM10,000 kepada STAY ATM daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dengan kerjasama YLTAT. Ianya merupakan sebahagian daripada usaha MTA dalam melunaskan Tanggungjawab Sosial korporat dengan berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan.

Selain itu, sumbangan berjumlah RM500 turut disalurkan kepada STAY ATM daripada Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 2024.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my