KUALA LUMPUR, 8 Mei 2024 - YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, hari ini menyaksikan Majlis Tandatangan Dokumen Kontrak, Memorandum Persefahaman (MOU), dan penyerahan Surat Setuju Terima (LOA) serta Surat Niat (LOI) bertempat di MITEC.Â
Pemeteraian ini telah memuktamadkan sebanyak 40 perjanjian bernilai RM7.3 bilion yang terdiri daripada 17 Surat Setuju Terima (RM3.30 bilion); 7 Kontrak (RM1.90 bilion); 4 Surat Niat (RM1.83 bilion); 10 Memorandum Persefahaman (RM280 juta) dan 2 Sijil Sistem Integriti Korporat Malaysia.
Turut hadir menyaksikan YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan; YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha; Panglima Angkatan Tentera serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.