KUALA LUMPUR, 2 Disember 2024 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir telah hadir ke Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Wisma Perwira. Di mana satu agenda penting yang pertama kali di laksanakan melibatkan ke dua-dua Kementerian yang bakal memberi manfaat kepada anggota ATM khususnya.
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang serta disaksikan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan Tinggi sebagai tanda termeterainya kerjasama strategik antara kementerian.
Kerjasama strategik ini berjaya mewujudkan 3 bidang kerjasama iaitu Inisiatif Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning), Inisiatif Program Komuniti Tertumpu dan Inisiatif Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi kedua-dua kementerian.Â
Usaha ini akan dapat memberi manfaat yang meluas dari segi pengiktirafan kepakaran dan pengalaman kerjaya, perkongsian ilmu, penyelidikan dan pembangunan kepada warga ATM termasuk ahli keluarga anggota ATM dan ahli Badan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan anggota tentera.