Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Seramai 550 warga Kementerian Pertahanan telah menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato'Seri Mohamed Khaled Nordin  di Dataran Wisma Pertahanan.

Pada sambutan ini, Menteri Pertahanan telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Panglima Angkatan Tentera mewakili warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak mewakili warga awam MINDEF. Selain itu, warga kerja pertahanan yang terdiri daripada pegawai dan anggota ATM serta kakitangan awam MINDEF telah melafazkan ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Eqram bin Mohd Rosli daripada Markas Tentera Darat sebagai ketua pembaca ikrar.

YB Menteri Pertahanan kemudiannya memasang bendera di kenderaan ATM sebagai simbolik dan seterusnya membuat pelepasan flag off kepada perarakan aset kenderaan ATM sambil diiringi oleh persembahan drumline daripada Markas Tentera Udara.

Seusai itu, YB Menteri Pertahanan dan Pengurusan Tertinggi MINDEF bergerak ke Sudut Khas Pameran Kemerdekaan di Lobi Utama Wisma Pertahanan bagi melihat pameran inovasi melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my