PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pembangunan Pangkalan Data Utama atau PADU dapat membantu rakyat dengan memastikan semua yang layak menerima bantuan dan pada masa yang sama dapat memastikan golongan disasarkan tidak tercicir daripada bantuan.
Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari dan Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak.