Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

Majlis Pelancaran Program "Veteran MyWira"

infoPULAU PINANG, 22 Januari 2024 –Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari telah menghadiri Majlis Pelancaran Program “Veteran MyWira” yang telah diadakan di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang.

Perasmian Program “Veteran MyWira” telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan YB Adly Zahari mewakili Menteri Pertahanan. Program ini merupakan kolaborasi rentas kementerian antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia.

Kementerian Pertahanan menyokong sepenuhnya usaha Kementerian Sumber Manusia mengadakan jalinan kerjasama strategik antara PERHEBAT dan Talent Corp, bertujuan menyediakan peluang latihan dan kerjaya kedua yang lebih luas untuk Veteran ATM. Melalui projek perintis Program Veteran MyWira, pihak Talent Corp mensasarkan 500 peluang padanan kerjaya dengan pemain-pemain industri yang berpotensi. Sebagai permulaan, pihak Micron Memory Malaysia akan menawarkan latihan dan kerjaya kedua kepada 25 hingga 50 orang anggota ATM yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Mac 2024.

Langkah ini bertepatan dengan matlamat Kerajaan untuk memastikan setiap pihak iaitu agensi kerajaan, GLC, GLIC serta swasta, mengambil tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk menyediakan peluang kerjaya kedua kepada veteran ATM demi kelestarian hidup mereka yang telah banyak berbakti kepada negara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my