Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM DIGITALISASI SEKOLAH DALAM KEM SK TUDM SUBANG DAN PERASMIAN STUDIO DIGITAL

mindef

SUBANG, 2 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Digitalisasi Sekolah Dalam Kem (SDK) Sekolah Kebangsaan TUDM Subang (SK TUDM Subang) dan merasmikan studio digital yang dinamakan sebagai Affin Digital Space SK TUDM Subang. Studio digital ini dilengkapi dengan teknologi layar hijau (green screen) bagi membolehkan pelajar dan pendidik melaksanakan program berasaskan media digital yang bersifat kreatif dan interaktif.

Affin Digital Space SK TUDM Subang merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan ke arah membudayakan teknologi kreatif dikalangan anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP). Kementerian Pertahanan turut merencanakan projek rintis bagi program digitalisasi sekolah melibatkan tiga buah sekolah dalam kem (SDK) dengan kerjasama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Affin Bank Berhad. SK TUDM merupakan sekolah kedua yang menerima manfaat ini selepas SK dan Kementerian Pertahanan sedang merangka Sekolah Kebangsaan Sir Sultan Ibrahim, Johor sebagai sekolah yang bakal menerima manfaat yang sama. 

Selain itu, YB Timbalan MENHAN juga telah menyaksikan sesi penyerahan replika cek oleh Ketua Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti Kumpulan, Affin Bank Berhad, En. Mohammad Fairuz bin Mohd Radi kepada Guru Besar SK TUDM Subang, Puan Zatul Bazamah binti Abu Bakar. Penyerahan replika cek tersebut adalah simbolik kepada sumbangan dari pihak Affin Bank Bhd kepada pihak sekolah dalam merealisasikan penubuhan Affin Digital Space SK TUDM Subang. 

Turut hadir ialah Komander Pangkalan Udara Subang; Brigedier Jeneral Yusri bin Jamari TUDM, Pengarah Pendidikan ATM, Kol.Mohd Sharif Bin Ishak, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti Kumpulan, Affin Bank Berhad; En. Mohammad Fairuz bin Mohd Radi dan Guru Besar SK TUDM Subang; Puan Zatul Bazamah binti Abu Bakar.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my