Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PELUNCURAN PROJEK JANAVETERAN DI LADANG TELOK SENGAT

mindef

JOHOR, 8 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek JanaVeteran di Ladang Telok Sengat.

Projek JanaVeteran adalah sebuah inisiatif yang digerakkan oleh Boustead Plantations Berhad (BPlant) dengan usahasama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM). Objektif utama adalah untuk membantu veteran ATM menjana pendapatan dengan menceburi bidang keusahawanan tani dan membantu usaha kerajaan memperkukuh aspek keterjaminan makanan.

Di bawah Projek ini terdapat dua program khas yang berasaskan pertanian tanaman kontan iaitu Program Tanaman Halia dan Cili Fertigasi serta Program Usahawan Tani Veteran.

Program Tanaman Halia dan Cili Fertigasi ini merupakan projek rintis yang telah bermula pada bulan Mac 2025 di Ladang Telok Sengat, Johor. Secara permulaan, BPlant telah menyediakan 15 plot fertigasi di atas tanah seluas 12 hektar bagi tujuan penanaman halia serta tanah seluas 80 hektar di seluruh negara bagi tujuan penanaman.

BPlant akan menyediakan 15 plot fertigasi di atas tanah seluas 12 hektar bagi tujuan penanaman halia. Secara keseluruhannya, BPlant akan menyediakan tanah seluas 80 hektar di seluruh negara bagi tujuan penanaman.

Melalui itu, Veteran ATM akan diberi bimbingan keusahawanan melalui kursus dan latihan di bawah Program Keusahawanan Tani Veteran bagi memantapkan lagi asas pertanian mereka.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my