SELANGOR, 28 Mei 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah merasmikan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiental Learning – RPEL) dan Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh.
YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan Diploma Kemahiran Malaysia kepada 209 anggota dan veteran ATM dan Sijil Latihan Peralihan kepada 338 bakal pesara ATM.Â
Dalam pada itu, beliau turut menyaksikan pertukaran 8 Memorandum Persefahaman antara PERHEBAT dan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, GIATMARA, GGS Global Sdn. Bhd. dan Bravo Energy Sdn. Bhd. bagi program latihan dan penempatan pekerjaan.
Manakala, MoU bersama Affin Islamic Bank Bhd., Bank Muamalat Malaysia Bhd. dan Bank Simpanan Nasional bakal menyediakan latihan dan insentif perniagaan kepada veteran ATM.
Kementerian Pertahanan melalui Kertas Putih Pertahanan (KPP) memberi keutamaan dan komitmen terhadap inisiatif pembangunan modal insan dan sosio ekonomi kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Â