SELANGOR, 12 November 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiential Learning - RPEL) & Sijil PERHEBAT di Sungai Buloh.
Seramai 477 anggota dan veteran ATM telah ditauliahkan Diploma Kemahiran Malaysia pada tahun ini.Â
Dalam pada masa yang sama, 6 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di antara PERHEBAT dan Universiti-Universiti Tempatan termasuk syarikat swasta bagi memanfaatkan bakal pesara dan Veteran ATM dalam skop penempatan pekerjaan dan program-program latihan.
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) terus proaktif sebagai institusi yang menghubungkan veteran ATM dengan pasaran kerjaya kedua yang lebih baik.
Â