SUBANG, 18 November 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan penghantaran pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 kumpulan keempat ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang.
Kumpulan keempat kontinjen MALBATT 850-12 diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus bin Shah Budin dengan kekuatan seramai 209 anggota, terdiri daripada 7 pegawai dan 202 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
MALBATT 850-12 akan berkhidmat di bawah misi UNIFIL selama setahun sebagai sokongan berterusan Malaysia terhadap usaha pengaman PBB selain memperlihatkan peranan proaktif negara ini dalam mempromosikan kestabilan dan keselamatan antarabangsa melalui pendekatan diplomatik serta penyelesaian konflik secara aman.
Â