JOHOR, 6 September 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Penutup Minggu Bersama Pencarum: Jelajah Selatan 2024 di Kluang.Â
Dalam program ini, YB Menteri telah memperkenalkan inisiatif terbaru Kementerian Pertahanan iaitu Program Pembelajaran Berasaskan Kerja atau Work-Based Learning (WBL) yang bertujuan membantu perjalanan kerjaya kedua anggota ATM. Iaitu dengan menukar pengalaman berkhidmat bersama ATM kepada sijil diploma.
Jalinan kolaborasi strategik ini dijalankan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Sebagai permulaan bagi memperkenalkan Program WBL, pihak Jabatan Arah Pendidikan dengan Kerjasama pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menyertai showcase pengenalan WBL di Kem Mahkota, Kluang.
Program Minggu Bersama Pencarum: Jelajah Selatan 2024 ini telah berlangsung bermula 2 hingga 6 September ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan platform bual bicara yang memberi penekanan kepada faedah-faedah yang disediakan oleh LTAT kepada pencarum serta pendedahan berhubung pengurusan kewangan yang mampan.