MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MOCK-UP CHEQUE GANJARAN HILANG UPAYA ANGGOTA VETERAN ATM

MELAKA, 1 Februari 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menghadiri Majlis Hi-Tea bersama veteran ATM Melaka anjuran JHEV ATM di Dewan Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah.
Ia bagi menghargai jasa mereka yang tercedera ketika bertugas dalam operasi dan latihan berisiko tinggi. Sebanyak 38 veteran ATM dari Melaka & Negeri Sembilan menerima Ganjaran Hilang Upaya (GHU), 8 asnaf veteran menerima komputer riba dan 22 persatuan veteran pula turut menerima sumbangan rahmah. Sejak Januari 2025, seramai 43 daripada 292 veteran yang layak telah menerima GHU.
Â
Kerajaan komited dalam menjaga kebajikan veteran ATM dengan beberapa penambahbaikan, termasuk :
a. Peningkatan Pencen Hilang Upaya (PHU) – Kenaikan 10% bagi penerima sedia ada.
b. Ganjaran Hilang Upaya (GHU) – One-off RM6,000 hingga RM72,000 berdasarkan tahap kecederaan.
c. Elaun Pelajaran – Dinaikkan kepada RM1,600 - RM5,400 bagi anak penerima PHU.
d. Elaun Layanan Sentiasa – Dinaikkan daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan.
Â
Inisiatif ini menjadi bukti komitmen teguh kerajaan dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara. Usaha berterusan akan diperkasa bagi menjamin kesejahteraan para veteran yang telah berkorban demi keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan negara.