PERANCIS, 4 Julai 2025 - Majlis penyerahan Surat Setuju Terima Kementerian Pertahanan Malaysia kepada syarikat pertahanan Perancis, Thales, telah berlangsung selepas pertemuan bilateral antara YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Perdana Menteri Perancis, TYT François Bayrou.
Surat Setuju Terima ini melibatkan pembelian dua unit GM400a long-range air surveillance radars yang akan memperkukuh keupayaan pemantauan dan pertahanan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Majlis penyerahan turut disaksikan oleh kedua-dua pemimpin, mencerminkan komitmen bersama dalam memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.