KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Defence Service Asia (DSA) 2024 dan National Security Asia (NATSEC) 2024 di Malaysia International Trade and Convention Centre (MITEC).
Selepas itu YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat ke booth pameran bagi meninjau dan melihat booth-booth pameran yang sedia ada.
Hadir sama YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof; Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Setiausaha, dan barisan Jemaah Menteri.