SELANGOR, 19 September 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga bertempat di Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. Puchong.
Pembukaan Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga ini adalah sejajar dengan komitmen LTAT di bawah kerangka Ekonomi MADANI, dalam meningkatkan daya cipta dan nilai industri farmaseutikal Malaysia khususnya dalam penghasilan produk biofarmaseutikal tempatan.Â
Menteri Pertahanan,Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya mengatakan pembukaan dan operasi fasiliti biofarmaseutikal yang berteknologi tinggi bukan sahaja mencatat sejarah sebagai syarikat tempatan pertama untuk mengilang insulin dan vaksin, malah akan membantu memperkukuh keterjaminan bekalan ubat-ubatan negara. YB Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Pharmaniaga Berhad yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan juga syarikat pelaburan di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT atas pencapaian yang bersejarah ini. Sekaligus, kejayaan Pharmaniaga akan membolehkan LTAT menerima keuntungan seterusnya akan menyumbang kepada kelangsungan dividen yang baik kepada para pencarumnya iaitu anggota ATM.
YB Menteri Pertahanan turut menegaskan bahawa matlamat dalam memastikan keterjaminan bekalan ubat-ubatan atau vaksin penting bagi menampung keperluan dalam negara dan mengurangkan pergantungan kepada ubat-ubatan yang diimport.Â