Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PERASMIAN HARI BERTEMU PELANGGAN & HARI TERBUKA PSIKOLOGI BPSM KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 – Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan & Hari Terbuka Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pertahanan Tahun 2024  telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)  bertempat di Dewan Auditorium, Kementerian Pertahanan.

Program ini merupakan platform di antara pihak BPSM dengan warga Kementerian Pertahanan selaku pelanggan dalaman bagi urusan perkhidmatan, semakan status kehadiran berkursus tahunan, khidmat nasihat psikologi serta perkhidmatan teras di BPSM dan seramai 400 orang jemputan yang terdiri daripada warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF telah menghadiri majlis ini. 

Pembukaan booth dari beberapa agensi telah dijemput bagi memeriahkan program seperti agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK), Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Kesatuan Pekerja –pekerja AWam Angkatan Tentera (KESATRIA) dan juga beberapa booth dari cawangan BPSM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my