Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN LIMA 2025

mindef

LANGKAWI, 19 Mei 2025 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) 2025 di Langkawi International Convention Centre (LICC). 

Majlis Perasmian Pembukaan #LIMA2025 ini dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor dan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

YB Menteri Pertahanan dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat serta delegasi yang hadir menyertai #LIMA2025 tahun ini. 
Penganjuran #LIMA2025 sebagai platform pengukuhan kerjasama, membuka ruang inovasi, dan memupuk masa depan yang lebih selamat, berdaya tahan, dan makmur. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid; Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima-Panglima Perkhidmatan; Pegawai Kanan MINDEF dan ATM serta delegasi-delegasi dari dalam dan luar negara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my