KUALA LUMPUR, 10 Mac 2024 - Seramai 455 Putera yang terdiri daripada 219 Putera tingkatan lima dan 236 Putera tingkatan empat bagi siri pengajian tahun 2023 telah melibatkan diri dalam Majlis Perbarisan Tahunan Maktab Tentera Diraja (MTD) di Sungai Besi.Â
Perbarisan ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan bertujuan menghargai dan mengiktiraf kejayaan Putera tingkatan lima yang telah berjaya menamatkan pengajian selama tempoh dua tahun di MTD yang telah disempurnakan oleh YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan.
Pada siri kali ini, Â YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan beberapa anugerah kepada Putera meliputi anugerah antaranya Anugerah Kompeni Komandan, Anugerah Menteri Pertahanan, Anugerah Komandan, Anugerah Pengarah Pengajian dan Anugerah Lembaga Tadbir.
Turut hadir Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Angkatan Tentera dan Panglima-panglima perkhidmatan.